Tuesday, 12 July 2011

Tatkala hilang sinar Ramadhan suci
Apalah ertinya Ramadhan,
jika kau tak melaksanakan suruhan Tuhan,
malah kemungkaran yang kau lakukan.
Apalah Ertinya Ramadhan,
andai kau tak beribadah kepadaNya,
tapi kau berpesta, bersuka ria..


Apalah ertinya Ramadhan,
pabila disuruh perbanyakkan menangis,
sebaliknya kau ketawa berdekah dekah,
disuruh sedekahkan hartamu ke jalan Allah ,
kau salurkan duitmu ke jalan yang dimurka,
tatkala disuruh berzakat,
kau takut hartamu kan tersekat.


Apalah ertinya Ramadhan,
bila terawih tak kau laksanakan,
bila lailatul Qadar tak kau kejarkan,
malaH lailatul bazar kau megah megahkan.
Apalah ertinya Ramadhan,
makin ia hendak berakhir,
makin hebat dan gah kau meraikan pemergiannya,
seolah olah kau pasti akan bertemu dengannya lagi..


Apalah ertinya Syawal,
jika Ramadhan tak kau hormati,
sibuk mempersiapkan diri,
menyambut hari kemenangan ini,
amalan tak seberapa,
dosa  juga yang dihadiahkan padaNya,
begitu banyak nikmat diberikan,
jijik benar balasan kita padaNya.


Apalah ertinya Syawal,
jika perbuatanmu mengundang kemurkaanNya,
tak malukah dikau untuk menyambut Syawal,
rasanya tak layak bagimu untuk meraikan,
hari kemenangan hanya untuk mereka yang benar benar berjaya,
menahan dugaan sebulan lamanya.
Apalah ertinya Syawal,
bila disuruh berpuasa,
"ah!malas" katanya,
tapi bila datang hari raya,
kaulah orang pertama yang menghebohkannya,
bukan sehari malaH sebulan disambutnya.


Fikirkanlah,
adakah layak kita menyambut  Hari kemenangan?
Adakah segala amalan kita diterima?
ataukah dilimparkan kembali kepada kita?
Muhasabahlah diri.
Selamat Tinggal Ramadhan,
hadirlaH lagi di tahun yang mendatang,
kerana aku pasti,
rindu akan ketibaanmu lagi....

0 comments:

Post a Comment