walau beribu kebaikan yg tlh ku lakukan,,,tetapi mereka telah dibuta kan mata mereka dgn dunia ini,,,yg cuma bersifat sementara,,seandainya aku telah melakukan satu kesilapan,,aku dipandang begitu buruk sekali,,,betul lar kata2 Tun Dr Mahathir,, MELAYU MUDAH LUPA ,,,Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Akhirnya mereka menjadi ‘minoriti’. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu bahawa sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada yang mengaku mereka mahu bersikap liberal yang mahu hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum. Mereka mendakwa orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari di tanah rata dan tidak lagi memerlukan ‘tongkat’ untuk berniaga dan belajar sedangkan hakikatnya ketika orang lain sudah mampu menari dengan baik tetapi ‘tarian’ orang Melayu sebenarnya masih sumbang dan keupayaan untuk berjaya dalam ekonomi dan pendidikan juga terbatas. Ada pula Melayu yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mendabik dada dengan kejayaan yang sudah dinikmati. Padahal mereka yang berjaya hari ini juga kebanyakannya disebabkan oleh ‘tongkat’ DEB. Tanpa ‘tongkat’ itu mereka tidak mungkin menikmati apa yang dimiliki sekarang. Malangnya apabila sudah berjaya, mereka bagaikan kacang lupakan kulit,,,
Sedar atau tidak, orang Melayu ketika ini diasak dari pelbagai sudut disebabkan perpecahan dan kelemahan mereka sendiri lantaran kepentingan politik masing-masing. Ketika orang lain bersatu untuk kepentingan kumpulan mereka, ada pula orang Melayu yang sanggup membuka pekung di dada dan meludah ke langit.
0 comments:
Post a Comment