Monday, 5 November 2012

CYCLE OF INFLUENCE

CYCLE OF INFLUENCE - Perasan tak orang yang berjaya, kawan-kawannya kebanyakkan daripada golongan berjaya..Orang kaya, kawannya banyak daripada golongan yang kaya raya..Orang yang berpangkat, rakan taulannya kebanyakkannya datang daripada golongan berpangkat.. Itulah CYCLE OF INFLUENCE..Mereka bukannya sombong atau hanya ingin bersahabatkan golongan yang searas dengan mereka..Ada sebab musabab tertentu kenapa mereka berbuat sebegitu..Antaranya disebabkan gaya pemikiran, kitaran kehidupan, cara bekerja serta sikap dan beberapa faktor lain.. Sebagai contoh orang yang berjaya atau ingin berjaya, mereka akan duduk dalam satu kelompok yang dapat menyokong, membimbing atau mengekalkan mereka untuk terus dan terus berjaya berbanding duduk dalam kelompok yang tiada keinginan atau semangat untuk berjaya dalam hidup yang dapat memberi kesan kepada perniagaan serta kehidupannya khasnya..

0 comments:

Post a Comment