Sunday, 2 June 2013

PETIKAN dari NovEl hatY by ammar

saat diri kebosanan,jiwa mula kosong otak mula berfikir..mereka dan mereka terkadang rasa sakit..mungkin aku bukan yang terbaik untuk mereka,Terkadang menitis air mata memikirkannya,mungkinkah aku yang tersalah??memendam rasa sangat menyakitkan,sampai bila harusku tahan rasa hati ini..??Sabarlah wahai hatiku..kau sedang diuji oleh Allah..Allah maha mengetahui segalanya,SABARLAH WAHAI HATI..
terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi meninggalkan sisa dan membuka seribu luka di hati segala yang indah sering menemani ruang sepiku senyum dan tawa masih jelas terbayang dimataku kini semuanya menjadi kenangan silam sesal hati dirundung kecewa aku tak pernah menduga begini hebatnya apa lah gunanya ku terus mencari kesilapan diri semuanya sudah ketentuan tuhan air mataku mengalir aku tak pernah menduga begini hebatnya duka lara bila berakhirnya sebuah penantian seribu luka terasa di hati betapa ku kesal biar ku sendiri
Cinta tidak semestinya berakhir dengan bahagia. Kerana cinta tidak semesti memiliki dirinya sebaliknya biarkan ia bahagia walau bukan bersama kita cinta sejati takkan pernah terhenti..
Diam Bukan Bererti Tiada..Senyap Bukan Bererti Hilang.. Jauh Tidak Bermaksud Sendiri Tapi Kerana Diri Ini Akan Lebih Selesa Dan Tenang Jika Terus Di Biarkan Begini, Jika Kehadiran Itu Hanya Untuk Menyakitkan Hati dan Mematahkan Jiwa.. Lebih Baik di Biarkan Saja Diri Ini Terus Sendiri.. Tiada Makna Kehadiran Itu Jika Hanya Sebuah Persinggahan....
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar? IngatLah.. JANGAN BERSEDIH SESUNGGUHNYA ALLAH BSAMA KITA... aMin..

langit tak selalunya cerah

sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan, tetapi apa yang tak diduga selalunya berlaku secara tiba-tiba. biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya..

bila hati berkata..

Hati2 memberi hati.. Jika tak mampu mencintai jangan pernah menyentuh hati mereka Kerana hati terlalu bernilai untuk disakiti Terlalu mahal untuk disia-siakan Dan terlalu berharga untuk dihancurkan Kerana hati hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati

bangkit jua..

tetap berusaha bangkit walau sendiri, tetap tabahkan hati walau sering diduga.. kerana semuanya akan indah bila tiba masanya

terkadang masa menikam dan terus berlalu meninggalkan sisa membuka seribu luka

Sebuah duka cita tidak perlu mengembalikan kenangan masa lalu. Sebuah kesedihan tidak perlu lagi berusaha untuk memperbaiki masa lalu. Sebuah kepiluan tidak perlu ada usaha untuk membenarkannya. Kekaburan hidup tidak perlu lagi untuk menghidupkan masa lalu. Sebab ianya telah tiada dan tidak lagi wujud. Selamatkanlah dirimu dari bayangan masa lalu. Apakah anda menginginkan air sungai dikembalikan kepada sumbernya? Apakah anda ingin mengembalikan matahari kepada tempat terbitnya semula? Apakah anda ingin mengembalikan anak kecil ke dalam perut ibunya?
lebih baik menjadi sahabat yang boleh membuatkan kita tersenyum, dari menjadi kekasih yang sering membuatkan kita menangis..

sedetik asmara

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke masa.Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda,mungkin anda mampu menyayangi ramai orang dalam satu masa tapi mampukan perasaan itu bertahan,adakah ia telus dari hati yang ikhlas..

kebahagian bukan milikku

Aku dibelenggu kebuntuan, Dalam duniawi yang serba cabaran, Mengajar aku erti ketabahan, Agar gagah harungi ranjau kehidupan. Di kala jiwaku keresahan, Air mata sengsara menyelubungi bedukku, Menitis ke tanah bagaikan titisan embun, Lalu meresap ke seluruh sanubariku. Apalah erti kehidupan, Andai hanya bertatahkan mutiara kegembiraan, Tanpa cubaan dan dugaan, Tiadalah bermakna suatu kehidupan. Manusia juga insan biasa, Tatkala di himpit kepayahan, Pada Tuhanlah kita berserah, Agar redha harungi pahit getir kehidupan. Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi, Semuanya sudah tercatat, Tiap manusia punyai rezeki, Berbeza-beza rezeki diberi..

nukilan kasih

hidup ini penuh dugaan dugaan mendatang tanpa hentinya saban hari berlalu meninggalkan diriku namun tidak dugaan yang mendatang ia tetap menghiasi hidupku ini tanpa segan silu insan datang dan pergi dalam hidupku meninggalkan seribu satu makna terselit seribu satu garisan yang penuh beerti mengisi kehidupan ini memberi pengalaman yang bermakna gelak tawa bersilih ganti dengan tangisan kian sepi hidup tetap harus diteruskan...